"It's okie..." balas Lisa sambil tersenyum.
"Hmm.. thanks a lot, I owe you" kata Zul.
Dari saat itu, Zul dan Lisa mula mengenali satu yang lain dan akhirnya menjalinkan hubungan percintaan. Pihak keluarga kedua-duanya maklum dengan ikatan yang terjalin dan bersetuju jika ianya berkekalan.
Hinggalah satu ketika, Zul dihantar ke UK bagi menjalani kursus selama setahun lebih. Zul mulanya keberatan untuk meninggalkan Lisa, tetapi apakan daya dia harus pergi untuk seketika. Sejak Zul berada d UK, agak susah untuk menghubungi Lisa kerana perbezaaan zon waktu. Pagi di UK, malam pula di Brunei. Lisa ketika itu menuntut di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan mempunyai jadual subjek yang agak penuh. Itulah dikatakan hubungan percintaan yang jauh, kedua-dua pihak perlu memahami situasi sebegini.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan seterusnya Zul dan Lisa jarang berhubungan melalui telefon atau pun internet. Adakah cinta kedua-duanya sudah hilang?
Di UBD, Lisa agak rapat dengan beberapa senior terutamanya Adrian. Adrian seorang yang pandai bergurau dan senang dibawa berbincang. Jika Lisa murung, dia akan cuba menghiburkannya. Ini membuatkan Lisa senang mengongsikan masalahnya terhadap Adrian, yang mudah memahami tikah laku dan perasaan Lisa. Tapi mereka hanyalah rapat sebagai teman biasa.
... di suatu hari, Zul pulang bercuti sebulan di Brunei tanpa pengetahuan Lisa. Setelah seminggu berlalu, akhirnya Lisa terserempak kereta Zul di kawasan membeli-belah sekitar Kiulap. Mungkin juga ahli keluarga yang lain memakainya? Tiada rasa curiga sekali pun terlintas dihati Lisa. Jadi perkara itu berakhir di sana sahaja. Selang beberapa hari, Lisa diberitahu teman karibnya Emma terlihat Zul bersama seorang perempuan tidak diketahui keluar dari panggung wayang. Terkejut Lisa mendengar berita itu seakan-akan tidak percaya Zul berada di Brunei, tambahan lagi bersama seorang perempuan yang tidak dikenali.
Jadi Lisa inginkan kepastian, boleh jadi orang yang Emma nampak itu seiras Zul. Lisa mula menelefon Zul bertanyakan khabar, sesungguhnya lebih 3 bulan mereka tidak chatting dan sms apatah lagi menelefon. Panggilan Lisa tidak berjawap, lalu dia mencuba talian telefon Zul di Brunei. Dua-dua gagal dihubungi setelah seharian mencuba. Lisa mula berasa susah hati akan Zul, mungkin dia berada dalam kesusahan?
Lisa mengambil keputusan untuk bertanya khabar Zul dari kakaknya dengan sms.
".... Zul ada telefon balik Brunei baru2 ani? ..." antara keratan sms Lisa.
"... Zul? kan 2 minggu udah ya balik. Alum kamu berjumpa?? ...." balas kakak Zul.
Terkejut Lisa membaca sms diterimanya, seakan tidak percaya. Zul sudah pulang tanpa berita? Bermacam-macam persoalan keluar dari hati Lisa, mungkin sudah Emma lihat itu adalah Zul dan membuatkan dirinya hampa. Dia kuatkan hati juga untuk bertanya kepada Zul..
"ru in brunei? ur sis told me" mesej Lisa kepada Zul. Seperti biasa sms nya tidak dibalas.
Lisa ketika itu agak kecewa, tiba-tiba ada panggilan dari Adrian....
...till then