Thursday, 13 August 2009

Cinta adalah..... - part 3

Suatu hari, Rianna nekad untuk mendapatkan kebenaran. Walaupun mungkin akan menyakiti dirinya namun baginya lebih baik daripada sedih dan kecewa berpanjangan. Lina, salah seorang kawan karibnya juga menasihatinya.

"Bah Rianna, baik ta kau dapatkan kepastian dari si Syuki ah. Nda ku sanggup meliat kau cemani. Sedih berpanjangan. Apapun jua jawapannya, terima saja. Yang penting kau tau. Kalau in his part nada apa-apa for you, then his lost. Kau pun dapat move on. Bah, jangan nda ah. Marah ku tu kalau kau nda tanya."

Kata-kata Lina bernaung diingatan Rianna. Ya, dia nekad. Nekad untuk mendapatkan jawapan. Nekad untuk mengetahui di mana dia berdiri. Nekad untuk menghilangkan semua rasa sedih, kecewa dan dukacita yang selama ini di hatinya. Biar apapun keputusannya, dia akan redha.

Malam itu Rianna pergi online dan terbaca nick Syuki yang seakan-akan berbunyi seperti merindui seseorang yang berada jauh di perantauan. Rianna menegur Syuki dan bertanyakan persoalan yang ada dikepalanya.

>Rianna: Malam. Eh, nick ah. Ntuk the love of your life ka?
>Syuki: Huh?
>Syuki: I gtg Rianna.

Keesokannya, apabila Rianna bertemu dengan Syuki, dia pun bertanyakan tentang nick Syuki. Dengan selamba, Syuki menjawab, "Nda, saja-saja." Rianna menerima penjelasan Syuki tanpa-tanpa berkata apa-apa walaupun sebenarnya dia tahu Syuki berbohong. Masakan nick yang berbunyi seperti kerinduan terhadap seseorang hanyalah rekaan semata-mata. Sememangnya Rianna bukanlah seorang yang bodoh untuk mudah ditipu. Ya, mungkin dia benar-benar menyayangi Syuki, namun begitu dia tidak buta untuk tidak mahu melihat sesuatu kebenaran.

Pada minggu hadapannya, malam minggu, Rianna keluar dengan Syuki. Selepas menonton wayang, mereka pergi ke restoran. Memikirkan malam itu adalah kali terakhir Rianna bertemu dengan Syuki, dia hanya berdiam diri menahan kesedihan yang teramat. Sedang dia mengelamun, tanpa disangka Syuki membaca air mukanya dan dapat meneka sesuatu tidak kena.

"Are you okay? Macam sedih saja. What's wrong?" tanya Syuki.

Rianna terdiam seketika dan melirik kearah Syuki.

"Nada apa-apa. Besides, some things are not meant to be shared. Only with my good friends saja," balas Rianna.

Syuki mendesak "And i am not your good friend? I am worried ni kalau my friend sedih."

Rianna cuma tersenyum tawar. Melihat riak wajah Syuki yang seakan-akan susah hati, Rianna tidak sanggup untuk mengungkapkan kata putus. Apabila hendak pulang menuju kereta masing-masing, Rianna cuma memberi separuh perhatian kepada percakapan Syuki manakala separuh perhatiannya sedang sibuk memikirkan ungkapan yang hendak dikatakan.

Tiba-tiba Rianna bertanya, "What if we don't meet again?". Kepada dunia, Rianna seolah-olah mengajukan pertanyaan bersahaja umpama berjenaka dengan memberikan senyuman kepada Syuki, namun pada hakikatnya hatinya hancur lebur ketika menyuarakan pertanyaan itu. Syuki terdiam seketika dan seberapa ketika menjawab perlahan dengan riak yang seakan-akan bimbang "Nda kan sampai nda jumpa." Senyuman masih terukir dibibir Rianna. Tapi hanyalah sekadar hiasan. "Okaylah, bah drive safe and good night". Dengan hati yang berat Rianna memandu pulang ke rumah. Hadiah yang dibeli sebagai kenangan persahabatan mereka masih tersimpan di dalam beg Rianna.

Selepas malam itu, Rianna semakin sedih. Dia percaya dia perlu mengambil langkah yang drastik. Lina sendiri telah memarahi nya secara lembut. Dia kesal Rianna tidak mendapatkan kata putus.

"Bukannya apa Rianna, aku nda suka bah cara ya melayan kau atu. Jangan ta kau kesian kan ya atu. Drai yang kau cakap tu ah, macam ya ani jenis yang pandai buat orang feel guilty. Padahal ya sendiri yang guilty. Jangan ta kau lambat-lambatkan lagi Rianna, karang kau jua yang sakit. Kesian ku meliat kau ani."

Persahabatan Rianna dan Syuki semakin merosot buat Rianna. Tiada lagi rasa gembira dihatinya. Yang ada hanyalah luka yang berdarah. Dia pun mula jarang online. Suatu hari, ketika bangun awal pagi, tiba-tiba terdetik di hati Rianna untuk masuk online. Hatinya bertambah parah ketika terbaca nick Syuki yang ditujukan untuk seorang gadis. Kesakitan yang dirasainya tidak dapat diungkapkan. Rianna dengan selamba menegur Syuki.

>Rianna: Hai
>Syuki: Hai.
>Syuki is offline.

Rianna menatap screen telefon bimbitnya dengan penuh kecewa. Kini dia sudah tidak ragu-ragu lagi. Kini dia sudah tahu di mana dirinya berdiri. Semua kenangan gembira yang lepas-lepas bermain difikirannya. Tanpa disedarinya, tangannya terasa basah. Titisan airmatanya jatuh berguguran rupanya. Dia memutuskan untuk memutuskan persahabatannya dengan Syuki. Kini, dia betul-betul nekad.

Selang beberapa hari, Rianna menteks Syuki untuk bertemu dengannya malam itu. Syuki bersetuju. Lina memberi kata-kata semangat kepada Rianna.

"You can do it Rianna. You're a strong woman. Aku kagum kan kau. Kalau aku ah, nda ku rasa ku dapat melalui semua ani. Tapi kau, aku salute banar. Ingat Rianna, apa-apapun redha saja okay. Aku sama dorang yang lain ada to cheer you up."

Rianna tersenyum mengingati kata-kata Lina. Dia merasa beruntung kerana mempunyai teman-teman sejati yang bukan sahaja berada disampingnya di waktu suka malah juga sanggup meradah bersama di waktu sukar. Mengingatkan teman-temannya, hati Rianna sejuk sedikit. Malam itu, hujan turun renyai-renyai. Namun Rianna tidak juga menteks Syuki untuk membatalkan perjumpaan mereka.

Sampainya di tempat perjumpaan mereka, Rianna keluar dari kereta dan berjalan menuju tempat duduk di sekitar kawasan itu. Syuki sudah pun sampai dan sedang menunggunya. Melihat wajah Syuki, Rianna buat kali ke berapa sukar untuk menyuarakan hasratnya. Syuki tanpa mengesyaki apa-apa mula berbicara. Hujan renyai kini mula turun deras. Langit seolah-olah menyuarakan rasa hatinya, membelah awan dan menurunkan air hujan yang lebat. Namun Rianna tidak mengendahkannya malah mengalu-alukan kedatangan hujan lebat itu. Baginya hujan lebat itu membasuh kesedihannya. Seperti biasa Syuki berbicara seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Dan mungkin baginya memang tidak ada apa-apa yang berlaku. Dan dia juga tidak mengesyaki akan berlaku apa-apa.


To be continued......


No comments: