Monday, 10 August 2009

Kekasih Awal dan Akhir - part 1

Jam menunjukkan pukul 8.05 pagi. Doktor dan jururawat begagas keluar masuk bilik 201 dihospital RIPAS. Badan Sofia yang sudah dua tahun terlantar inda begarak telah menunjukkan sedikit pergerakan di bahagian hujung tangan dan kakinya.

"Lai Sofia....bangun lai...." kata Hjh Saadiah menangis teresak-esak. "Ani mama...sama babah....".

Mata Sofia perlahan-lahan terbuka luas. Diliatnya disekeliling bilik atu. Lama kelamaan otak Sofia sedikit demi sedikit dapat memperoses dan mengenali siapa yang ada di dapan matanya.

"Mama....babah", kata Sofia dengan suara yang pelahan.

Tiba-tiba, dengan keadaan yang tergopoh gapah, masuk seorang lelaki yang buleh tahan tampannya meluru masuk ke dalam bilik atu. Sebaik saja ditelefon oleh Hj Ramli mengenai Sofia yang sudah sadar, Jamal yang masa atu ada di kooperasi RIPAS membali "hot milo" tarus berlari kegembiraan meninggalkan kadai tanpa sampat membayar.

Dibawanya Sofia senyum, tetapi senyumannya inda dibalas malah Sofia merasa kurang sanang.

Dua tahun yang lalu, Sofia dan Jamal sudah bertunang dan sudah pun membuat persediaan untuk perkahwinan mereka. Surat jemputan perkahwinan sudah abis behantar. Seminggu sebelum perkahwinan bisdurang atu, Sofia mendapat kemalangan. Sofia mengalami pendarahan yang teruk dikepala. Selepas pembedahan dan menjalani rawatan yang intensif, Sofia inda lagi bangun-bangun dan mengalami koma.

Jamal masih senyum kegembiraan lalu menghampiri Sofia dan memigang tangannya.Sofia tekajut dengan perbuatan Jamal.

"Ma....sapakan orang ani...megang-megang tanganku ah", kata Sofia dengan pelahan sambil menarik tangannya dengan capat.


"Astaga lai...si Jamal jua ni, bakal lakimu......."


bersambung.............

4 comments:

hmm said...

hmm

jamal abdillah said...

bedasarkan ceta banar kah ni, or adakah ia dongeng semata2? sedih ku eh membaca, alum g ending tu...adoi...tolooonggg

feel berabis ni..."kau kekasih awal dan ahir, kau kekasih batin dan zahir"..menyanyi bah leh nya :p

p/s: blog anda sungguh menghiburkan

Roller Cat said...

Kisah ani berdasarkan cerita fiction semata-mata...tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.....

p/s:thank u kerana meluangkan masa membaca bog ani..

Roller Cat said...
This comment has been removed by the author.