Saturday, 8 August 2009

Cerita Disebalik Puteri Mandi

Jangan salah faham, ani bukan cerita pasal orang mandi ah....ani cerita pasal kuih "puteri mandi", salah satu kuih tradisi orang Melayu Brunei.
Jenis warna kuih puteri mandi ani ada macam-macam. Tapi yang pernah ku meliat ada warna hijau, merah dan putih. Baru-baru ani ada ku merasa kuih puteri mandi warna putih. From my opinion, ani yang paling nyaman ku pernah rasa, pandai orang restoran atu membuat. Aku pun betanya arah kawan-kawan kenapa kuih ani dipanggil nama "puteri mandi". Bisdurang pun kurang pasti tentang asal usulnya. Disebabkan rasa ingin tau, aku pun meng-"google".
Hasil daripada limited research yang telah dibuat, dapatlah diringkaskan barangkali kuih ani mendapat namanya disebabkan cara pembuatannya yang banyak menggunakan air. Doh (campuran tepung pulut, air daun pandan, air kapur, garam dn pencalap hijau/merah/putih??...adakah?) yang dijadikan bebola kecil dimasukkan ke periuk yang berisi air yang mendidih dan dibiarkan timbul (macam orang mandi timbul) sebelum diangkat untuk proses seterusnya. Dimana belurih perkataan "Puteri" atu belum dapat dikenal pasti. Mungkinkah kerana permukaan kuih atu halus dan lembut macam kulit puteri sehingga dinamakan kuih "Puteri Mandi"???hehehe....
Apa pun asal usulnya, kuih ani haruslah diketahui oleh orang-orang Brunei terutama anak-anak muda masa ani kerana keunikan dan rasanya yang nyaman.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan resepi kuih "Puteri Mandi", bolehlah melayari website ani...http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1682564

No comments: