Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tanpa disedari, Rianna dan Syuki telah berkawan hampir 2 tahun. Namun, begitu persahabatan mereka banyak melalui chatting. Syuki memang kenal akan Rianna dari awal mereka mula chatting. Kerana mereka sering kali terserempak sewaktu Syuki masih menuntut di uni dulu. Namun kini dia sudah pun tamat belajar manakala Rianna berada di tahun akhir nya. Sepanjang hampir 2 tahun mereka berkawan itu, mereka cuma berjumpa beberapa kali saja. Namun Rianna nekad untuk mencuba mendampingi Syuki lebih dekat. Perasaannya terhadap Syuki bertambah kuat dan dia berharap Syuki juga merasakan begitu. Setelah Rianna sudah tamat peperiksaan akhir tahun nya dia mula keluar malam bersama dengan Syuki. Kini dia tidak perlu bimbang lagi mengenai pelajaran dan peperiksaan. Pada mula-mula Rianna dan Syuki keluar malam mereka kerap menonton wayang di pawagam dan selepas itu berborak sebentar. Rianna merasa selesa bersama Syuki. Lama-kelamaan mereka kerap keluar malam hampir setiap minggu. Dan aktiviti yang dilakukan seperti biasa; menonton wayang dan berborak-borak. Rianna gemar bersama Syuki dan sering kali dia merasa gembira. Dia jua merasakan Syuki jua begitu. Syuki mula memanggil nya dengan panggilan manja. Dan apabila mereka chatting, Syuki akan mengatakan dia rindu pada Rianna dan ingin berjumpa dengan nya menyebabkan Rianna semakin gembira. Mungkinkah Syuki juga menyimpan perasaan terhadapnya.
Namun begitu, terdetik di hati Rianna persoalan mengenai perasaan hati Syuki. Jikalau benar Syuki juga menyukai nya mengapa dia tidak menyatakan kepada Rianna? Dan seringkali persoalan itu terbit di hati Rianna, dia cuba menyenangkan hatinya dengan mengatakan mungkin disebabkan Syuki belum lagi mempunyai pekerjaan jadi dia berasa rendah diri dan tidak yakin. Kan lelaki mempunyai ego. Lama-kelamaan Syuki mula jarang menegur Rianna sewaktu mereka online. Rianna merasa sedih. Namun setiap kali mereka berjumpa, Syuki seperti biasa bercerita dan melayannya mesra. Tetapi, Rianna mula memikirkan akan perangai Syuki dan mempersoalkan persahabatan mereka. Adakah Syuki menyukai dirinya ataupun tidak? Di manakah Rianna berdiri di dalam persahabatan mereka?
Lama-kelamaan, Syuki sudah tidak menegur Rianna lagi. Kalau dulu dia yang selalu menegurnya kini walaupun Rianna online sepanjang hari namun jika Rianna tidak memulakan menegur maka Syuki juga tidak akan menegurnya. Namun, seperti biasa, karakter Syuki sewaktu online dan berjumpa berlainan. Jikalau sewaktu online dia diam, tetapi ketika berjumpa dia peramah. Sebaliknya Rianna pula sewaktu online banyak bercerita, namun sewaktu berjumpa banyak mendiamkan diri. Mungkin juga Rianna merasa sedih dan marah akan perangai Syuki. Dari seorang yang petah dan peramah ketika berjumpa, Rianna mula kurang bercakap dan lama-kelamaan cuma banyak berdiam sehingga Syuki menanyakan kepadanya jikalau dia merasa kurang sehat. Rianna hanya mampu membalingkan senyuman hambar. Rianna tahu dia perlu melakukan sesuatu. Hari demi hari, dia merasakan hatinya hancur dengan kelakuan Syuki. Mungkin kah dia sudah bosan dengannya?
Bersambung......

No comments:
Post a Comment