"Sofia...", jawab Sofia dengan yakin.
Doktor kemudian menunjuk ibu jarinya kepada Hjh Saadiah dan Hj Ramli. Sofia dapat mengenal pasti babah dan mamanya. Jari doktor beralih kepada Jamal yang masih kebingungan. Sofia menggeleng kepala. Jamal hampir menitikkan air mata mendengar pengakuan tunangnya.
Barangkali Sofia telah hilang ingatannya?,bisik hati Jamal. "Tapi kenapa aku seorang saja yang ia nda ingat...."
Doktor mengambil lampu kecilnya dan memeriksa tindak balas mata Sofia. Kemudian doktor memeriksa pula denyutan jantung Sofia. Keadaan bilik yang tadinya riuh rendah bertukar menjadi sunyi. Hanya kedengaran batuk kecil pesakit diluar bilik.
Doktor bertanya lagi, "Sofia tau tahun ani tahun barapa?". "Sama dimana Sofia masa ani?", tambahnya lagi.
"2004.....", jawab Sofia dengan perlahan.
Sudah dua minggu Sofia meninggalkan hospital. Doktor mengesahkan Sofia menghidap penyakit alzheimer. Akibat hentakan yang teruk dikepala, Sofia telah kehilangan memori 5 tahun kebelakangan hidupnya. Sofia menyangka dia masih berumur 22 tahun dan masih menuntut di Universiti Brunei Darussalam. Doktor menasihatkan Sofia supaya berehat dan banyak meluangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawannya supaya pulih seperti sediakala. Sofia merasa terkejut apabila balik berjumpa adiknya Shaz yang kini sudah berumur 15 tahun. Begitu juga dengan kakak dan abangnya yg sudah mempunyai ramai anak.
Hampir setiap hari Jamal melawat ke rumah Sofia dengan membawa bunga ros putih kegemaran Sofia yang dibeli di kedai Neptune Florist. Tetapi setakat menjenguk muka saja kerana Sofia masih rasa janggal berjumpa dengan Jamal. Ibu bapa Sofia juga merasa susah hati dengan keadaan itu. Sudah berkali-kali ibu bapa Sofia memujuk dan menunjukkan gambar pertunangan mereka serta surat jemputan perkahwinan mereka yang kini sudah dimakan anai-anai sedikit demi sedikit. Tetapi Sofia masih tidak ingat waktu di alam percintaan mereka.
Alkisah.....pada suatu hari keluarga Jamal bertandang ke rumah ibu bapa Sofia untuk membincangkan tentang perancangan perkahwinan mereka yang sudah dua tahun tergendala. Sofia dipanggil duduk berbincang bersama mereka. Dengan perasaan yang sedikit serba salah, Sofia menyatakan dia terasa berat hati untuk meneruskan perkahwinan kerana dia tidak mengenali sama sekali lelaki itu.
Dengan perasaan sedih, Hjh Zaiton berkata,"Banar ni dang Sofia..., si Jamal memasan supaya inda memaksa pulang". "Paham ku masalah mu dang Sofia.....tapi si Jamal minta request untuk bekawan semula kalau si dayang mau...", pujuknya lagi.
Sementara itu, di sebuah rumah di Kampong Lambak Kanan, seorang lelaki yang tidak terurus merenung hiba kearah jendela rumahnya. Jambang sudah mula berkeluaran sekaligus menyembunyikan ketampanan wajahnya. Dia seakan sudah mengetahui akan keputusan muktamad perempuan yang dicintianya itu. Tetapi didalam hati dia masih berharap cintanya akan dibalas.Namun itu semua hanyalah tinggal harapan sahaja.
Setiap minggu kebelakangan Sofia diarah kan doktor untuk menjalani rawatan sampingan dihospital untuk memastikan tahap kesihatannya. Sesekali Jamal turut menemani Sofia pergi menjalani rawatan walaupun tidak dibenarkan oleh Sofia. Dia mengakui Jamal seorang lelaki yang baik tetapi itu belum cukup untuk menambat hatinya. Sofia cuba mengingati bagaimana dia boleh tertarik dengan Jamal.
Tiba-tiba kedengaran namanya dipanggil. Dia seakan mengenali suara itu lalu memusingkan badannya.
"Sofia, is that you?,muncul seorang lelaki di diakhir 20-an di depan matanya.
"Awie....", Sofia mengukir senyuman
bersambung.....
No comments:
Post a Comment