Monday, 10 August 2009

Sesaat Kau Hadir - Part 1

"Shammmmm... kul 12.15 udah, laju tah lunch out!!!" teriak rakan sekerjanya memanggil Shamsul yang masih lagi menyiapkan kerjanya yang tertinggal.

"Jappp bahhhhh.. skit g abis calculation ku!! karang runtuh bangunan mun ku silap kira. Relek bussssss" jawap Shamsul.

Shamsul bekerja sebagai seorang jurutera pembangunan di Jabatan Kerja Raya. Beberapa hari yang lalu, Shamsul baru saja pulang dari Tasik Merimbun meluangkan hari minggunya. Dia mengikuti piknik dianjurkan oleh Sekolah Rendah Kampong Jerudong. Pada mulanya dia malas untuk pergi, tetapi keluarga pakciknya Samad mendesaknya ikut supaya dapat menjaga bersama sepupunya yang masih kecil. Perjalanan bermula dari Sekolah Rendah Jerudong, menaiki bus sekolah yang tersedia.

Shamsul pun masuk ke dalam bus lalu menuju tempat duduk di bahagian belakang bus sebelah kanan, posisi digemarinya dari waktu zaman persekolahan. Pada pagi itu cuacanya agak mendung, dan sementera menunggu keluarga murid-murid yang lain datang, Shamsul pun mula menyumbatkan telinganya dengan iPOD sambil sibuk melayari internet melalui telefon bimbitnya. Saat itu, suasana disekeliling tidak dihiraukannya sampailah terasa bila bus mula bergoyang untuk bersiap sedia memulakan perjalanan. Dia terkejut bila menaikkan mukanya dan melihatkan bus yang tadinya kosong kini sudah penuh...

"Selamat pagiiii~~" kedengaran suara seorang perempuan dari pintu hadapan bus. Kelihatan seorang gadis dalam lingkungan 20tahun masuk ke dalam bus bersama seorang budak kecil. Ketika itu, tempat duduk disebelah kiri Shamsul sahaja kosong, jadi gadis berkenaan duduklah di situ.

Dalam hati Shamsul "Rambut bini2 aniiii.. harum banarrrr, tercabar ku eh. Mcm dalam ceta twilight saja eh kana kipasi baunya kemari.. baik tah meliat cetanya rah iPOD ku kali. Sejam ni sampai.. sampatiiii~~~"

Bus pun mulalah perjalanan ke Tasik Merimbun...

"Mau gula-gula?" pelawaan gadis kepada Shamsul dengan memberi bungkusan gula-gula.
"Thank u..." jawap Shamsul dengan senyum sambil mengambil gula-gula diberikan, dan terus menyambung menonton cerita Twilight di iPOD nya.

"Nah.. abis battery cia!!" kata-kata yang keluar dari mulut Shamsul. Gadis berkenaan terdengar keluhan Shamsul.

"Cerita apa yang diliat atu?" kata gadis itu dengan tersenyum.
"Hmm.. Twilight, udah plang ku liat balik-balik. Anyway I'm Sham" kata Shamsul memulakan bicara.
"Ah.. lawa tu cetanya... I'm Lisa" kata gadis itu.
"Sebalah atu adimu? berdua saja ni" tanya Shamsul selamba...
"Yeap.. adiku, you seorang ja?" balas Lisa.
"Nda.. sama family uncle ku, tu nah yang durang duduk di dapan" kata Shamsul dengan menunjukkan di mana keluarga pakciknya duduk.

"Pernah ke Tasik Merimbun?" tanya Shamsul ke arah Lisa.
"Alum.. first time tah ni..." jawap Lisa dengan jujur.
"Ahah.. ku second time plang ni banarnya, first time atu pun batah udah... time damit, lupa dah~" jelas Shamsul menyambung percakapan.

... bus masih lagi dalam perjalanan melintasi disekitar Kampung Kiudang.



....till then

No comments: