Thursday, 13 August 2009

Kekasih Awal dan Akhir - part 3

Jantung Sofia mula berdenyut kencang bila menatap wajah Awie. Kenangan silam kembali diingatannya. Sofia memang menaruh hati kepada Awie sejak di sekolah menengah lagi. Awie memang seorang pemuda yang diminati ramai pelajar perempuan kerana dia cemerlang dalam bidang bola sepak.

Jamal yang masih berdiri dekat Sofia tidak diendahkan. Perasaan cemburu mula menyelubungi jiwanya. Di dalam hati Jamal, siapakah lelaki keparat ini! Sungguh mesra pula mereka berbual...

Setelah pertemuan itu, Sofia dan Awie mula berbalas sms, msn dan panggilan telefon sedangkan Jamal cuma sesekali saja dibalas panggilannya. Hampir setiap hari kata-kata cinta diungkapkan oleh Awie kepada Sofia. Hati sofia semakin hari semakin tertarik dan ingin mahu menjalinkan hubungan dengannya. Tetapi dia masih ragu-ragu untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Jamal.

Jamal yang sudah merasa akan kehilangan Sofia pada suatu hari sudah nekad untuk pergi kerumah Sofia untuk mengetahui apakah makna perhubungan mereka di mata Sofia. Dia juga ingin mengetahui kenapa Sofia bersikap dingin terhadapnya kebelakangan ini. Kereta Jamal sudah menghampiri rumah Sofia, dilihatnya di depan pagar rumah Sofia ada sebuah kereta Jaguar hitam. Dia tertanya-tanya siapakah empunya kereta itu.

Belum pun sempat Jamal mematikan enjin keretanya, Jamal ternampak seorang perempuan dan seorang lelaki keluar dari pintu rumah. Memang tak syak lagi, mereka adalah Sofia dan Awie. Jamal menjadi marah melihat mereka berdua bersama, lalu dia pun keluar dari keretanya meminta penjelasan dari mereka.

"Sofia......., kau kan kemana sama lelaki ani ah?", tanya Jamal dengan suara yang agak tinggi. Sofia merasa terkejut melihat Jamal berada di depan pintu pagar rumahnya. Dia juga agak marah bila mendengar nada suara yang tinggi Jamal kepadanya tetapi tidak diendahkan. Sofia cuma berdiam diri sedangkan Jamal meminta penjelasan.

"Come on man......, be gentlemen lah.....Sofia bukan lagi your fiance, just get over it....", kata Awie dengan senyuman yang sinis. Dia membelakangi badan Sofia sambil membuka luasa tangannya menghalang Jamal dari bersemuka dengan Sofia.

Dipendekkan cerita, Jamal dan Awie mulalah berkelahi macam cerita hindustan. Penumbuk demi penumbuk di lontarkan ke muka masing-masing. Keadaan yang sunyi sebelumnya kini menjadi riuh rendah. Ibu bapa Sofia yang mendengar bunyi bising diluar rumah segera menyabarkan kedua-dua lelaki itu daripada terus berkelahi. Kemudian dengan nada yang tinggi, Sofia memekik kepada Jamal, " I dont wanna have anything to do with you anymore....!!"

Sudah sebulan berlalu setelah kejadian yang memalukan itu, Jamal sekarang sudah dengan muktamadnya putus tunang dan berpisah dengan Sofia. Seringkali dia berjumpa Sofia dan Awie bersama. Keadaan itu membuatkannya hatinya hancur luluh dan dia cuba sedaya upaya ingin melupakan Sofia.

Disebalik itu, Sofia kini sudah dengan resminya bergelar teman wanita Awie dan seminggu kemudian akan mengadakan majlis ikatan pertunangan. Pada suatu hari, Sofia terserempak dengan Amy di sebuah kedai membeli belah. Amy adalah kawan karib Sofia di sekolah menengah yang baru sahaja balik ke tanah air setelah menuntut jurusan kedoktoran selama 8 tahun di sebuah universiti terkemuka di Scotland. Amy menyatakan dia merasa sedih apabila mendengar akan kejadian kemalangan Sofia 2 tahun lalu. Setelah berbual panjang Sofia menjemput Amy ke majlis petunangannya yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Yakah!!....dengan siapa fren ko betunang...", kata Amy dengan perasaan gembira.

Sofia lalu memberitahu Amy yang dia akan bertunang dengan Awie, ketua pasukan bola sepak semasa di sekolah menengah.

"You mean Awie bin Hakim......???, tanya Amy. "Sofia, what have you done.......!!!"


bersambung..............

No comments: