Rianna mengeluh sendirian. Matanya tidak lari-lari merenung ke arah kelibat seorang lelaki. Syuki. Sudah setahun Rianna menaruh perasaan terhadap Syuki walaupun mereka tidak pernah bercakap secara bersemuka setiap kali berpapasan di uni tempat mereka belajar. Malah Rianna malu untuk melihat Syuki setiap kali mereka berpapasan. Namun hakikatnya Rianna betul-betul menyukai Syuki. Seorang lelaki yang tinggi dan segak, Syuki adalah seorang jejaka yang tampan. Namun, bukan itu yang menyebabkan Rianna terpikat kepadanya. Bukan. Rianna terpikat akan personaliti Syuki yang pendiam dan seakan-akan banyak berfikir serta budi bicara nya yang bersopan santun. Itu yang dapat Rianna lihat walaupun tanpa mengenalinya. Dari teman-teman, Rianna mengetahui bahawa Syuki tidak mempunyai teman wanita. Single. Dari situ, Rianna cuba mendapatkan email Syuki untuk memulakan berkawan dengan nya. Setelah beberapa bulan Rianna menambah email Syuki ke hotmail nya namun Syuki tidak juga kelihatan online. Hampa, Rianna pasti Syuki tidak lagi menggunakan email yang dia dapati. Yalah, orang sekarang ini bukan nya hanya mempunyai satu email. Satu malam, ketika Rianna baru masuk MSN untuk berchat bersama dengan teman-teman nya, dia terperanjat apabila melihat email Syuki menunjukkan bahawa dia sedang online. Perasaan Rianna gembira. Namun begitu dia masih lagi memikirkan cara untuk memulakan bicara. Setelah lama berfikir, Rianna pun memulakan dengan menaip salam. Syuki menjawab dan dari situ mulalah mereka berkenalan.
Bersambung.....
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment