Tuesday, 18 August 2009

Sesaat Kau Hadir - Part 3

Tiga Bulan yang lalu....

Setelah dua tahun bersama dan menghadapi pelbagai dugaan dan salah faham antara mereka berdua, Zul dan Lisa mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama sebagai teman istimewa. Zul adalah seseorang yang pendiam dan jarang mengongsikan perasaannya. Ini bercanggah dengan perwatakan Lisa yang mudah menyatakan isi hatinya kepada sesiapa yang dipercayai.

Pertemuan mereka bermula di Coffeebean Yayasan, Lisa dan adiknya duduk santai sambil melayari internet. Zul pada masa itu baru datang dan memesan hot chocolate. Suasana ketika itu agak renggang dan sunyi, hanyalah mereka bertiga pelanggan yang datang. Lalu Lisa ke kounter semula untuk memesan kek tambahan...

"Shhhttt... mana wallet ku!!" kata Zul ketika hendak membayar.
"It's alright, I'll pay for you" balas Lisa tiba-tiba yang ketika itu hendak membayar keknya, dan menghulurkan wang ke cashier.

"Ehh.. nda payah, wallet ku d kerita dakat sini ja" kata Zul.
"It's okie..." balas Lisa sambil tersenyum.
"Hmm.. thanks a lot, I owe you" kata Zul.

Dari saat itu, Zul dan Lisa mula mengenali satu yang lain dan akhirnya menjalinkan hubungan percintaan. Pihak keluarga kedua-duanya maklum dengan ikatan yang terjalin dan bersetuju jika ianya berkekalan.

Hinggalah satu ketika, Zul dihantar ke UK bagi menjalani kursus selama setahun lebih. Zul mulanya keberatan untuk meninggalkan Lisa, tetapi apakan daya dia harus pergi untuk seketika. Sejak Zul berada d UK, agak susah untuk menghubungi Lisa kerana perbezaaan zon waktu. Pagi di UK, malam pula di Brunei. Lisa ketika itu menuntut di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan mempunyai jadual subjek yang agak penuh. Itulah dikatakan hubungan percintaan yang jauh, kedua-dua pihak perlu memahami situasi sebegini.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan seterusnya Zul dan Lisa jarang berhubungan melalui telefon atau pun internet. Adakah cinta kedua-duanya sudah hilang?

Di UBD, Lisa agak rapat dengan beberapa senior terutamanya Adrian. Adrian seorang yang pandai bergurau dan senang dibawa berbincang. Jika Lisa murung, dia akan cuba menghiburkannya. Ini membuatkan Lisa senang mengongsikan masalahnya terhadap Adrian, yang mudah memahami tikah laku dan perasaan Lisa. Tapi mereka hanyalah rapat sebagai teman biasa.

... di suatu hari, Zul pulang bercuti sebulan di Brunei tanpa pengetahuan Lisa. Setelah seminggu berlalu, akhirnya Lisa terserempak kereta Zul di kawasan membeli-belah sekitar Kiulap. Mungkin juga ahli keluarga yang lain memakainya? Tiada rasa curiga sekali pun terlintas dihati Lisa. Jadi perkara itu berakhir di sana sahaja. Selang beberapa hari, Lisa diberitahu teman karibnya Emma terlihat Zul bersama seorang perempuan tidak diketahui keluar dari panggung wayang. Terkejut Lisa mendengar berita itu seakan-akan tidak percaya Zul berada di Brunei, tambahan lagi bersama seorang perempuan yang tidak dikenali.

Jadi Lisa inginkan kepastian, boleh jadi orang yang Emma nampak itu seiras Zul. Lisa mula menelefon Zul bertanyakan khabar, sesungguhnya lebih 3 bulan mereka tidak chatting dan sms apatah lagi menelefon. Panggilan Lisa tidak berjawap, lalu dia mencuba talian telefon Zul di Brunei. Dua-dua gagal dihubungi setelah seharian mencuba. Lisa mula berasa susah hati akan Zul, mungkin dia berada dalam kesusahan?

Lisa mengambil keputusan untuk bertanya khabar Zul dari kakaknya dengan sms.

".... Zul ada telefon balik Brunei baru2 ani? ..." antara keratan sms Lisa.
"... Zul? kan 2 minggu udah ya balik. Alum kamu berjumpa?? ...." balas kakak Zul.

Terkejut Lisa membaca sms diterimanya, seakan tidak percaya. Zul sudah pulang tanpa berita? Bermacam-macam persoalan keluar dari hati Lisa, mungkin sudah Emma lihat itu adalah Zul dan membuatkan dirinya hampa. Dia kuatkan hati juga untuk bertanya kepada Zul..

"ru in brunei? ur sis told me" mesej Lisa kepada Zul. Seperti biasa sms nya tidak dibalas.

Lisa ketika itu agak kecewa, tiba-tiba ada panggilan dari Adrian....

...till then

Friday, 14 August 2009

Sesaat Kau Hadir - Part 2

Kedua-dua asyik berbual sehingga tidak perasan yang rupanya perjalanan sudah sampai ke Tasik Merimbun. Kesemua penumpang nampak tidak sabar untuk keluar dari bus yang dinaiki kira-kira satu jam. Pelahan-lahan ahli keluarga masing-masing dengan perlahan beredar ke luar, menikmati udara segar pagi tu,

"Shamm... lakas tah ke mari" panggil Pakcik Samad.
"Uncle mu manggil dah.. ke sana tah" sambung Lisa lagi.
"Ok Lisa.. later~~" kata Shamsul.
"Ok uncle!! COMING~~~" sahut Shamsul dari belakang, lalu bergegas ke pakciknya.

Jadi Shamsul pun membawa segala bekalan piknik, dan membawanya ke sebuah pondok berdekatan. Pondok itu agak besar dan mampu menampung kesemua penumpang bus berkenaan. Seperti biasanya, aktiviti pertama sekali adalah menikmati makanan tersedia dikongsikan bersama dari keluarga masing-masing.

Selesai sahaja makan, Lisa bercadang membawa adiknya bersiaran ke kawasan tasik dan memperlawa Shamsul yang ketika itu duduk berdekatan.

"Mau ikut explore kawasan sini ani sama kami?" pelawa Lisa kepada Shamsul.
"Ok, bisai jua tu... " kata Shamsul, dan mengajak sepupu kecilnya ikut bersama.

Jadi mereka berempat menghabiskan masa berjalan-jalan, dan menaiki bot dipandu oleh salah satu penduduk kawasan itu. Pemandu bot memulakan perjalanan dengan memberi nasihat supaya berhati-hati kerana banyak buaya terdapat di tasik. Sepanjang perjalanan pemandu bot menceritakan lagenda Tasik Merimbun kepada Sham dan lain-lain, dan menunjukkan kawasan yang menarik.

Masa berlalu cepat tanpa disedari, dan sudah tiba masa untuk pulang ke sekolah di tempat perkumpukan paginya. Setibanya di Sekolah Renda Jerudong...

"It was fun... nda rugi ikut~~" kata Shamsul kepada Lisa yang sibuk menyimpan barang-barang ke dalam keritanya.
"Awu... anyway, got to go now... keep in touch ok?" jawap Lisa.
"Ok.. take care!!" kata Shamsul
" You too!" balas Lisa dan berlalu pergi melambai dari kerita yang dipandunya.

Shamsul pun berkata sendirian "Keep in touch?? nombor teponnya mana~~~ lupa ku menanya awalll.. duii maalaiiii"


"Shammmmmmm" kedengaran lagi kawannya Azem memanggil.
"Batah eh... lunch tah lakas, si Nina on the way ke Ideal dah katanya" tambah Azem.
"Ok ok!!" Shamsul terus bergegas meninggalkan meja dan pergi bersama Azem ke Ideal Delima, tempat makan digemari mereka.

"Batah kamu dua ani eh... 20min ku nunggu d keta!!! "kata Nina kepada Azem dan Shamsul.
"Sorry bah.. traffic jam tadi" jawap Shamsul tersengih-sengih.
"Tia karang ko ah... ko jua yang... " kata Azem.
"Shhhhh" pintas Shamsul.
"Dah-dah.. mcm-mcm saja alasan. Lau dating ni.. lari bini2 ni mun camni kamu akhir datang ah" kata Nina tersenyum saja.

Semasa menikmati makanan dan berbual, tiba-tiba Shamsul berhenti bercakap.

"Napa ko Sham??" tanya Nina.
"Awu eh.. diam cia" sambung Azem.

Shamsul tidak menghirau kata-kata mereka dan mula menoleh ke belakang, ke arah bau harum yang dikenalinya semasa pertemuan bersama Lisa. Tidak disangka Lisa baru sahaja duduk di meja berdekatan bersama seorang lelaki.

"Heii.. Sham" kata Lisa setelah nampak Shamsul yang baru menoleh.
"Hi there..." balas Shamsul.
"Kenalkan ani Azem kawanku sepejabat and ani..." kata Shamsul.
"Nina.." jawap Lisa.
"Huh?? You know each other ka?" tanya Shamsul terkejut
"Small world... tau eeeee, Lisa ani baru keraja arah kami" kata Nina.
"Yeah... and this is Zul" kata Lisa memperkenal seorang lelaki bersamanya.

"So.. camna kamu dua kenal?" tanya Nina kepada Shamsul dan Lisa.
"Panjang cetanyaaaaaa" kata Shamsul.
"Eksen mu tu... ko nda mau gtau tuuu" kata Azem.
"Kami went to a same trip to Tasik Merimbun last week" kata Lisa menerangkan.
"Anyway, you have facebook kan?? I'm gonna ask Nina later your FB.. kan mentag gambar2 di Tasik Merimbun ah" kata Lisa.
"Sure.. ok tu, jangan lupa bagi FB private message jua ah" jenaka Shamsul.

Zul kelihatan tidak selesa dengan kedatangan Shamsul dan rakan-rakan. Dia hanya berdiam diri seperti memikirkan sesuatu sepanjang perbualan mereka yang lain.... siapakah Zul sebenarnya?

...till then

Thursday, 13 August 2009

Kekasih Awal dan Akhir - part 3

Jantung Sofia mula berdenyut kencang bila menatap wajah Awie. Kenangan silam kembali diingatannya. Sofia memang menaruh hati kepada Awie sejak di sekolah menengah lagi. Awie memang seorang pemuda yang diminati ramai pelajar perempuan kerana dia cemerlang dalam bidang bola sepak.

Jamal yang masih berdiri dekat Sofia tidak diendahkan. Perasaan cemburu mula menyelubungi jiwanya. Di dalam hati Jamal, siapakah lelaki keparat ini! Sungguh mesra pula mereka berbual...

Setelah pertemuan itu, Sofia dan Awie mula berbalas sms, msn dan panggilan telefon sedangkan Jamal cuma sesekali saja dibalas panggilannya. Hampir setiap hari kata-kata cinta diungkapkan oleh Awie kepada Sofia. Hati sofia semakin hari semakin tertarik dan ingin mahu menjalinkan hubungan dengannya. Tetapi dia masih ragu-ragu untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Jamal.

Jamal yang sudah merasa akan kehilangan Sofia pada suatu hari sudah nekad untuk pergi kerumah Sofia untuk mengetahui apakah makna perhubungan mereka di mata Sofia. Dia juga ingin mengetahui kenapa Sofia bersikap dingin terhadapnya kebelakangan ini. Kereta Jamal sudah menghampiri rumah Sofia, dilihatnya di depan pagar rumah Sofia ada sebuah kereta Jaguar hitam. Dia tertanya-tanya siapakah empunya kereta itu.

Belum pun sempat Jamal mematikan enjin keretanya, Jamal ternampak seorang perempuan dan seorang lelaki keluar dari pintu rumah. Memang tak syak lagi, mereka adalah Sofia dan Awie. Jamal menjadi marah melihat mereka berdua bersama, lalu dia pun keluar dari keretanya meminta penjelasan dari mereka.

"Sofia......., kau kan kemana sama lelaki ani ah?", tanya Jamal dengan suara yang agak tinggi. Sofia merasa terkejut melihat Jamal berada di depan pintu pagar rumahnya. Dia juga agak marah bila mendengar nada suara yang tinggi Jamal kepadanya tetapi tidak diendahkan. Sofia cuma berdiam diri sedangkan Jamal meminta penjelasan.

"Come on man......, be gentlemen lah.....Sofia bukan lagi your fiance, just get over it....", kata Awie dengan senyuman yang sinis. Dia membelakangi badan Sofia sambil membuka luasa tangannya menghalang Jamal dari bersemuka dengan Sofia.

Dipendekkan cerita, Jamal dan Awie mulalah berkelahi macam cerita hindustan. Penumbuk demi penumbuk di lontarkan ke muka masing-masing. Keadaan yang sunyi sebelumnya kini menjadi riuh rendah. Ibu bapa Sofia yang mendengar bunyi bising diluar rumah segera menyabarkan kedua-dua lelaki itu daripada terus berkelahi. Kemudian dengan nada yang tinggi, Sofia memekik kepada Jamal, " I dont wanna have anything to do with you anymore....!!"

Sudah sebulan berlalu setelah kejadian yang memalukan itu, Jamal sekarang sudah dengan muktamadnya putus tunang dan berpisah dengan Sofia. Seringkali dia berjumpa Sofia dan Awie bersama. Keadaan itu membuatkannya hatinya hancur luluh dan dia cuba sedaya upaya ingin melupakan Sofia.

Disebalik itu, Sofia kini sudah dengan resminya bergelar teman wanita Awie dan seminggu kemudian akan mengadakan majlis ikatan pertunangan. Pada suatu hari, Sofia terserempak dengan Amy di sebuah kedai membeli belah. Amy adalah kawan karib Sofia di sekolah menengah yang baru sahaja balik ke tanah air setelah menuntut jurusan kedoktoran selama 8 tahun di sebuah universiti terkemuka di Scotland. Amy menyatakan dia merasa sedih apabila mendengar akan kejadian kemalangan Sofia 2 tahun lalu. Setelah berbual panjang Sofia menjemput Amy ke majlis petunangannya yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Yakah!!....dengan siapa fren ko betunang...", kata Amy dengan perasaan gembira.

Sofia lalu memberitahu Amy yang dia akan bertunang dengan Awie, ketua pasukan bola sepak semasa di sekolah menengah.

"You mean Awie bin Hakim......???, tanya Amy. "Sofia, what have you done.......!!!"


bersambung..............

Cinta adalah..... - part 3

Suatu hari, Rianna nekad untuk mendapatkan kebenaran. Walaupun mungkin akan menyakiti dirinya namun baginya lebih baik daripada sedih dan kecewa berpanjangan. Lina, salah seorang kawan karibnya juga menasihatinya.

"Bah Rianna, baik ta kau dapatkan kepastian dari si Syuki ah. Nda ku sanggup meliat kau cemani. Sedih berpanjangan. Apapun jua jawapannya, terima saja. Yang penting kau tau. Kalau in his part nada apa-apa for you, then his lost. Kau pun dapat move on. Bah, jangan nda ah. Marah ku tu kalau kau nda tanya."

Kata-kata Lina bernaung diingatan Rianna. Ya, dia nekad. Nekad untuk mendapatkan jawapan. Nekad untuk mengetahui di mana dia berdiri. Nekad untuk menghilangkan semua rasa sedih, kecewa dan dukacita yang selama ini di hatinya. Biar apapun keputusannya, dia akan redha.

Malam itu Rianna pergi online dan terbaca nick Syuki yang seakan-akan berbunyi seperti merindui seseorang yang berada jauh di perantauan. Rianna menegur Syuki dan bertanyakan persoalan yang ada dikepalanya.

>Rianna: Malam. Eh, nick ah. Ntuk the love of your life ka?
>Syuki: Huh?
>Syuki: I gtg Rianna.

Keesokannya, apabila Rianna bertemu dengan Syuki, dia pun bertanyakan tentang nick Syuki. Dengan selamba, Syuki menjawab, "Nda, saja-saja." Rianna menerima penjelasan Syuki tanpa-tanpa berkata apa-apa walaupun sebenarnya dia tahu Syuki berbohong. Masakan nick yang berbunyi seperti kerinduan terhadap seseorang hanyalah rekaan semata-mata. Sememangnya Rianna bukanlah seorang yang bodoh untuk mudah ditipu. Ya, mungkin dia benar-benar menyayangi Syuki, namun begitu dia tidak buta untuk tidak mahu melihat sesuatu kebenaran.

Pada minggu hadapannya, malam minggu, Rianna keluar dengan Syuki. Selepas menonton wayang, mereka pergi ke restoran. Memikirkan malam itu adalah kali terakhir Rianna bertemu dengan Syuki, dia hanya berdiam diri menahan kesedihan yang teramat. Sedang dia mengelamun, tanpa disangka Syuki membaca air mukanya dan dapat meneka sesuatu tidak kena.

"Are you okay? Macam sedih saja. What's wrong?" tanya Syuki.

Rianna terdiam seketika dan melirik kearah Syuki.

"Nada apa-apa. Besides, some things are not meant to be shared. Only with my good friends saja," balas Rianna.

Syuki mendesak "And i am not your good friend? I am worried ni kalau my friend sedih."

Rianna cuma tersenyum tawar. Melihat riak wajah Syuki yang seakan-akan susah hati, Rianna tidak sanggup untuk mengungkapkan kata putus. Apabila hendak pulang menuju kereta masing-masing, Rianna cuma memberi separuh perhatian kepada percakapan Syuki manakala separuh perhatiannya sedang sibuk memikirkan ungkapan yang hendak dikatakan.

Tiba-tiba Rianna bertanya, "What if we don't meet again?". Kepada dunia, Rianna seolah-olah mengajukan pertanyaan bersahaja umpama berjenaka dengan memberikan senyuman kepada Syuki, namun pada hakikatnya hatinya hancur lebur ketika menyuarakan pertanyaan itu. Syuki terdiam seketika dan seberapa ketika menjawab perlahan dengan riak yang seakan-akan bimbang "Nda kan sampai nda jumpa." Senyuman masih terukir dibibir Rianna. Tapi hanyalah sekadar hiasan. "Okaylah, bah drive safe and good night". Dengan hati yang berat Rianna memandu pulang ke rumah. Hadiah yang dibeli sebagai kenangan persahabatan mereka masih tersimpan di dalam beg Rianna.

Selepas malam itu, Rianna semakin sedih. Dia percaya dia perlu mengambil langkah yang drastik. Lina sendiri telah memarahi nya secara lembut. Dia kesal Rianna tidak mendapatkan kata putus.

"Bukannya apa Rianna, aku nda suka bah cara ya melayan kau atu. Jangan ta kau kesian kan ya atu. Drai yang kau cakap tu ah, macam ya ani jenis yang pandai buat orang feel guilty. Padahal ya sendiri yang guilty. Jangan ta kau lambat-lambatkan lagi Rianna, karang kau jua yang sakit. Kesian ku meliat kau ani."

Persahabatan Rianna dan Syuki semakin merosot buat Rianna. Tiada lagi rasa gembira dihatinya. Yang ada hanyalah luka yang berdarah. Dia pun mula jarang online. Suatu hari, ketika bangun awal pagi, tiba-tiba terdetik di hati Rianna untuk masuk online. Hatinya bertambah parah ketika terbaca nick Syuki yang ditujukan untuk seorang gadis. Kesakitan yang dirasainya tidak dapat diungkapkan. Rianna dengan selamba menegur Syuki.

>Rianna: Hai
>Syuki: Hai.
>Syuki is offline.

Rianna menatap screen telefon bimbitnya dengan penuh kecewa. Kini dia sudah tidak ragu-ragu lagi. Kini dia sudah tahu di mana dirinya berdiri. Semua kenangan gembira yang lepas-lepas bermain difikirannya. Tanpa disedarinya, tangannya terasa basah. Titisan airmatanya jatuh berguguran rupanya. Dia memutuskan untuk memutuskan persahabatannya dengan Syuki. Kini, dia betul-betul nekad.

Selang beberapa hari, Rianna menteks Syuki untuk bertemu dengannya malam itu. Syuki bersetuju. Lina memberi kata-kata semangat kepada Rianna.

"You can do it Rianna. You're a strong woman. Aku kagum kan kau. Kalau aku ah, nda ku rasa ku dapat melalui semua ani. Tapi kau, aku salute banar. Ingat Rianna, apa-apapun redha saja okay. Aku sama dorang yang lain ada to cheer you up."

Rianna tersenyum mengingati kata-kata Lina. Dia merasa beruntung kerana mempunyai teman-teman sejati yang bukan sahaja berada disampingnya di waktu suka malah juga sanggup meradah bersama di waktu sukar. Mengingatkan teman-temannya, hati Rianna sejuk sedikit. Malam itu, hujan turun renyai-renyai. Namun Rianna tidak juga menteks Syuki untuk membatalkan perjumpaan mereka.

Sampainya di tempat perjumpaan mereka, Rianna keluar dari kereta dan berjalan menuju tempat duduk di sekitar kawasan itu. Syuki sudah pun sampai dan sedang menunggunya. Melihat wajah Syuki, Rianna buat kali ke berapa sukar untuk menyuarakan hasratnya. Syuki tanpa mengesyaki apa-apa mula berbicara. Hujan renyai kini mula turun deras. Langit seolah-olah menyuarakan rasa hatinya, membelah awan dan menurunkan air hujan yang lebat. Namun Rianna tidak mengendahkannya malah mengalu-alukan kedatangan hujan lebat itu. Baginya hujan lebat itu membasuh kesedihannya. Seperti biasa Syuki berbicara seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Dan mungkin baginya memang tidak ada apa-apa yang berlaku. Dan dia juga tidak mengesyaki akan berlaku apa-apa.


To be continued......


Cinta adalah..... - part 2

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tanpa disedari, Rianna dan Syuki telah berkawan hampir 2 tahun. Namun, begitu persahabatan mereka banyak melalui chatting. Syuki memang kenal akan Rianna dari awal mereka mula chatting. Kerana mereka sering kali terserempak sewaktu Syuki masih menuntut di uni dulu. Namun kini dia sudah pun tamat belajar manakala Rianna berada di tahun akhir nya. Sepanjang hampir 2 tahun mereka berkawan itu, mereka cuma berjumpa beberapa kali saja. Namun Rianna nekad untuk mencuba mendampingi Syuki lebih dekat. Perasaannya terhadap Syuki bertambah kuat dan dia berharap Syuki juga merasakan begitu. Setelah Rianna sudah tamat peperiksaan akhir tahun nya dia mula keluar malam bersama dengan Syuki. Kini dia tidak perlu bimbang lagi mengenai pelajaran dan peperiksaan. Pada mula-mula Rianna dan Syuki keluar malam mereka kerap menonton wayang di pawagam dan selepas itu berborak sebentar. Rianna merasa selesa bersama Syuki. Lama-kelamaan mereka kerap keluar malam hampir setiap minggu. Dan aktiviti yang dilakukan seperti biasa; menonton wayang dan berborak-borak. Rianna gemar bersama Syuki dan sering kali dia merasa gembira. Dia jua merasakan Syuki jua begitu. Syuki mula memanggil nya dengan panggilan manja. Dan apabila mereka chatting, Syuki akan mengatakan dia rindu pada Rianna dan ingin berjumpa dengan nya menyebabkan Rianna semakin gembira. Mungkinkah Syuki juga menyimpan perasaan terhadapnya.

Namun begitu, terdetik di hati Rianna persoalan mengenai perasaan hati Syuki. Jikalau benar Syuki juga menyukai nya mengapa dia tidak menyatakan kepada Rianna? Dan seringkali persoalan itu terbit di hati Rianna, dia cuba menyenangkan hatinya dengan mengatakan mungkin disebabkan Syuki belum lagi mempunyai pekerjaan jadi dia berasa rendah diri dan tidak yakin. Kan lelaki mempunyai ego. Lama-kelamaan Syuki mula jarang menegur Rianna sewaktu mereka online. Rianna merasa sedih. Namun setiap kali mereka berjumpa, Syuki seperti biasa bercerita dan melayannya mesra. Tetapi, Rianna mula memikirkan akan perangai Syuki dan mempersoalkan persahabatan mereka. Adakah Syuki menyukai dirinya ataupun tidak? Di manakah Rianna berdiri di dalam persahabatan mereka?

Lama-kelamaan, Syuki sudah tidak menegur Rianna lagi. Kalau dulu dia yang selalu menegurnya kini walaupun Rianna online sepanjang hari namun jika Rianna tidak memulakan menegur maka Syuki juga tidak akan menegurnya. Namun, seperti biasa, karakter Syuki sewaktu online dan berjumpa berlainan. Jikalau sewaktu online dia diam, tetapi ketika berjumpa dia peramah. Sebaliknya Rianna pula sewaktu online banyak bercerita, namun sewaktu berjumpa banyak mendiamkan diri. Mungkin juga Rianna merasa sedih dan marah akan perangai Syuki. Dari seorang yang petah dan peramah ketika berjumpa, Rianna mula kurang bercakap dan lama-kelamaan cuma banyak berdiam sehingga Syuki menanyakan kepadanya jikalau dia merasa kurang sehat. Rianna hanya mampu membalingkan senyuman hambar. Rianna tahu dia perlu melakukan sesuatu. Hari demi hari, dia merasakan hatinya hancur dengan kelakuan Syuki. Mungkin kah dia sudah bosan dengannya?



Bersambung......


Wednesday, 12 August 2009

Kekasih Awal dan Akhir - part 2

"Dayang tau nama dayang?, kata Doktor.

"Sofia...", jawab Sofia dengan yakin.

Doktor kemudian menunjuk ibu jarinya kepada Hjh Saadiah dan Hj Ramli. Sofia dapat mengenal pasti babah dan mamanya. Jari doktor beralih kepada Jamal yang masih kebingungan. Sofia menggeleng kepala. Jamal hampir menitikkan air mata mendengar pengakuan tunangnya.

Barangkali Sofia telah hilang ingatannya?,bisik hati Jamal. "Tapi kenapa aku seorang saja yang ia nda ingat...."

Doktor mengambil lampu kecilnya dan memeriksa tindak balas mata Sofia. Kemudian doktor memeriksa pula denyutan jantung Sofia. Keadaan bilik yang tadinya riuh rendah bertukar menjadi sunyi. Hanya kedengaran batuk kecil pesakit diluar bilik.

Doktor bertanya lagi, "Sofia tau tahun ani tahun barapa?". "Sama dimana Sofia masa ani?", tambahnya lagi.

"2004.....", jawab Sofia dengan perlahan.

Sudah dua minggu Sofia meninggalkan hospital. Doktor mengesahkan Sofia menghidap penyakit alzheimer. Akibat hentakan yang teruk dikepala, Sofia telah kehilangan memori 5 tahun kebelakangan hidupnya. Sofia menyangka dia masih berumur 22 tahun dan masih menuntut di Universiti Brunei Darussalam. Doktor menasihatkan Sofia supaya berehat dan banyak meluangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawannya supaya pulih seperti sediakala. Sofia merasa terkejut apabila balik berjumpa adiknya Shaz yang kini sudah berumur 15 tahun. Begitu juga dengan kakak dan abangnya yg sudah mempunyai ramai anak.

Hampir setiap hari Jamal melawat ke rumah Sofia dengan membawa bunga ros putih kegemaran Sofia yang dibeli di kedai Neptune Florist. Tetapi setakat menjenguk muka saja kerana Sofia masih rasa janggal berjumpa dengan Jamal. Ibu bapa Sofia juga merasa susah hati dengan keadaan itu. Sudah berkali-kali ibu bapa Sofia memujuk dan menunjukkan gambar pertunangan mereka serta surat jemputan perkahwinan mereka yang kini sudah dimakan anai-anai sedikit demi sedikit. Tetapi Sofia masih tidak ingat waktu di alam percintaan mereka.

Alkisah.....pada suatu hari keluarga Jamal bertandang ke rumah ibu bapa Sofia untuk membincangkan tentang perancangan perkahwinan mereka yang sudah dua tahun tergendala. Sofia dipanggil duduk berbincang bersama mereka. Dengan perasaan yang sedikit serba salah, Sofia menyatakan dia terasa berat hati untuk meneruskan perkahwinan kerana dia tidak mengenali sama sekali lelaki itu.

Dengan perasaan sedih, Hjh Zaiton berkata,"Banar ni dang Sofia..., si Jamal memasan supaya inda memaksa pulang". "Paham ku masalah mu dang Sofia.....tapi si Jamal minta request untuk bekawan semula kalau si dayang mau...", pujuknya lagi.

Sementara itu, di sebuah rumah di Kampong Lambak Kanan, seorang lelaki yang tidak terurus merenung hiba kearah jendela rumahnya. Jambang sudah mula berkeluaran sekaligus menyembunyikan ketampanan wajahnya. Dia seakan sudah mengetahui akan keputusan muktamad perempuan yang dicintianya itu. Tetapi didalam hati dia masih berharap cintanya akan dibalas.Namun itu semua hanyalah tinggal harapan sahaja.

Setiap minggu kebelakangan Sofia diarah kan doktor untuk menjalani rawatan sampingan dihospital untuk memastikan tahap kesihatannya. Sesekali Jamal turut menemani Sofia pergi menjalani rawatan walaupun tidak dibenarkan oleh Sofia. Dia mengakui Jamal seorang lelaki yang baik tetapi itu belum cukup untuk menambat hatinya. Sofia cuba mengingati bagaimana dia boleh tertarik dengan Jamal.

Tiba-tiba kedengaran namanya dipanggil. Dia seakan mengenali suara itu lalu memusingkan badannya.

"Sofia, is that you?,muncul seorang lelaki di diakhir 20-an di depan matanya.

"Awie....", Sofia mengukir senyuman

bersambung.....


Tuesday, 11 August 2009

sketsa bulan mengambang Episode 1

Al-kisah diciptakan seorang bini2 berketurunan Melayu sejak zaman berzaman yang dibagi nama Ixora. dari damit si Ixora ani tau yang ia ani lain dari kanak2 lain..physical nya normal plg sama jua macam org lain, p ada something yg si Ixora tau ia dikira "special" dari orang lain...

dari damit si Ixora ani heran tentang kehidupan sekelilingnya. oleh kerana ia masih damit, ia pun nda berapa merati apa arah surroundingnya. taun demi taun, Ixora pun makin basar.

one night, Ixora n kawan skulahnya, Alamanda mengadakan study group arah rumah kawan baik durang yang bernama Rose. rumah Rose ani dekat2 hutan n quite gelap. udah masa time kan balik, drg pun cakap bye2 diluar rumah n sampat g becakap2 sekajap. nda batah2 atu si Ixora tagur si Rose..

Ixora: Rose, napa ko biarkan org atu mengacau2 ko ah...nda ko suruh lari kah??

Rose: Ahhhh?? apakan?? sapa ngacau aku...

Ixora: Astahhhh...atu bah sebalah mu ahhh...nda kan ko nda nampak...

Rose: Jan tah ko kan bejoke malam2 ani Xor...

Alamanda: Awu eh Xor, ko ani tah..its not the time to joke...mbagi kambang bulu ko ani..

Ixora: Sapa bejoke ani...

Rose n Alamanda pun keheranan n at the same time ketakutan with apa si Ixora cakap...drg rasa macam ada semacam ja masatu n meremang bulu2 roma drg...drg liat ke langit n malam atu bulan sedang mengambang...

to be cont....

Monday, 10 August 2009

Sesaat Kau Hadir - Part 1

"Shammmmm... kul 12.15 udah, laju tah lunch out!!!" teriak rakan sekerjanya memanggil Shamsul yang masih lagi menyiapkan kerjanya yang tertinggal.

"Jappp bahhhhh.. skit g abis calculation ku!! karang runtuh bangunan mun ku silap kira. Relek bussssss" jawap Shamsul.

Shamsul bekerja sebagai seorang jurutera pembangunan di Jabatan Kerja Raya. Beberapa hari yang lalu, Shamsul baru saja pulang dari Tasik Merimbun meluangkan hari minggunya. Dia mengikuti piknik dianjurkan oleh Sekolah Rendah Kampong Jerudong. Pada mulanya dia malas untuk pergi, tetapi keluarga pakciknya Samad mendesaknya ikut supaya dapat menjaga bersama sepupunya yang masih kecil. Perjalanan bermula dari Sekolah Rendah Jerudong, menaiki bus sekolah yang tersedia.

Shamsul pun masuk ke dalam bus lalu menuju tempat duduk di bahagian belakang bus sebelah kanan, posisi digemarinya dari waktu zaman persekolahan. Pada pagi itu cuacanya agak mendung, dan sementera menunggu keluarga murid-murid yang lain datang, Shamsul pun mula menyumbatkan telinganya dengan iPOD sambil sibuk melayari internet melalui telefon bimbitnya. Saat itu, suasana disekeliling tidak dihiraukannya sampailah terasa bila bus mula bergoyang untuk bersiap sedia memulakan perjalanan. Dia terkejut bila menaikkan mukanya dan melihatkan bus yang tadinya kosong kini sudah penuh...

"Selamat pagiiii~~" kedengaran suara seorang perempuan dari pintu hadapan bus. Kelihatan seorang gadis dalam lingkungan 20tahun masuk ke dalam bus bersama seorang budak kecil. Ketika itu, tempat duduk disebelah kiri Shamsul sahaja kosong, jadi gadis berkenaan duduklah di situ.

Dalam hati Shamsul "Rambut bini2 aniiii.. harum banarrrr, tercabar ku eh. Mcm dalam ceta twilight saja eh kana kipasi baunya kemari.. baik tah meliat cetanya rah iPOD ku kali. Sejam ni sampai.. sampatiiii~~~"

Bus pun mulalah perjalanan ke Tasik Merimbun...

"Mau gula-gula?" pelawaan gadis kepada Shamsul dengan memberi bungkusan gula-gula.
"Thank u..." jawap Shamsul dengan senyum sambil mengambil gula-gula diberikan, dan terus menyambung menonton cerita Twilight di iPOD nya.

"Nah.. abis battery cia!!" kata-kata yang keluar dari mulut Shamsul. Gadis berkenaan terdengar keluhan Shamsul.

"Cerita apa yang diliat atu?" kata gadis itu dengan tersenyum.
"Hmm.. Twilight, udah plang ku liat balik-balik. Anyway I'm Sham" kata Shamsul memulakan bicara.
"Ah.. lawa tu cetanya... I'm Lisa" kata gadis itu.
"Sebalah atu adimu? berdua saja ni" tanya Shamsul selamba...
"Yeap.. adiku, you seorang ja?" balas Lisa.
"Nda.. sama family uncle ku, tu nah yang durang duduk di dapan" kata Shamsul dengan menunjukkan di mana keluarga pakciknya duduk.

"Pernah ke Tasik Merimbun?" tanya Shamsul ke arah Lisa.
"Alum.. first time tah ni..." jawap Lisa dengan jujur.
"Ahah.. ku second time plang ni banarnya, first time atu pun batah udah... time damit, lupa dah~" jelas Shamsul menyambung percakapan.

... bus masih lagi dalam perjalanan melintasi disekitar Kampung Kiudang.



....till then

Kekasih Awal dan Akhir - part 1

Jam menunjukkan pukul 8.05 pagi. Doktor dan jururawat begagas keluar masuk bilik 201 dihospital RIPAS. Badan Sofia yang sudah dua tahun terlantar inda begarak telah menunjukkan sedikit pergerakan di bahagian hujung tangan dan kakinya.

"Lai Sofia....bangun lai...." kata Hjh Saadiah menangis teresak-esak. "Ani mama...sama babah....".

Mata Sofia perlahan-lahan terbuka luas. Diliatnya disekeliling bilik atu. Lama kelamaan otak Sofia sedikit demi sedikit dapat memperoses dan mengenali siapa yang ada di dapan matanya.

"Mama....babah", kata Sofia dengan suara yang pelahan.

Tiba-tiba, dengan keadaan yang tergopoh gapah, masuk seorang lelaki yang buleh tahan tampannya meluru masuk ke dalam bilik atu. Sebaik saja ditelefon oleh Hj Ramli mengenai Sofia yang sudah sadar, Jamal yang masa atu ada di kooperasi RIPAS membali "hot milo" tarus berlari kegembiraan meninggalkan kadai tanpa sampat membayar.

Dibawanya Sofia senyum, tetapi senyumannya inda dibalas malah Sofia merasa kurang sanang.

Dua tahun yang lalu, Sofia dan Jamal sudah bertunang dan sudah pun membuat persediaan untuk perkahwinan mereka. Surat jemputan perkahwinan sudah abis behantar. Seminggu sebelum perkahwinan bisdurang atu, Sofia mendapat kemalangan. Sofia mengalami pendarahan yang teruk dikepala. Selepas pembedahan dan menjalani rawatan yang intensif, Sofia inda lagi bangun-bangun dan mengalami koma.

Jamal masih senyum kegembiraan lalu menghampiri Sofia dan memigang tangannya.Sofia tekajut dengan perbuatan Jamal.

"Ma....sapakan orang ani...megang-megang tanganku ah", kata Sofia dengan pelahan sambil menarik tangannya dengan capat.


"Astaga lai...si Jamal jua ni, bakal lakimu......."


bersambung.............

Cinta adalah..... - part 1

Rianna mengeluh sendirian. Matanya tidak lari-lari merenung ke arah kelibat seorang lelaki. Syuki. Sudah setahun Rianna menaruh perasaan terhadap Syuki walaupun mereka tidak pernah bercakap secara bersemuka setiap kali berpapasan di uni tempat mereka belajar. Malah Rianna malu untuk melihat Syuki setiap kali mereka berpapasan. Namun hakikatnya Rianna betul-betul menyukai Syuki. Seorang lelaki yang tinggi dan segak, Syuki adalah seorang jejaka yang tampan. Namun, bukan itu yang menyebabkan Rianna terpikat kepadanya. Bukan. Rianna terpikat akan personaliti Syuki yang pendiam dan seakan-akan banyak berfikir serta budi bicara nya yang bersopan santun. Itu yang dapat Rianna lihat walaupun tanpa mengenalinya. Dari teman-teman, Rianna mengetahui bahawa Syuki tidak mempunyai teman wanita. Single. Dari situ, Rianna cuba mendapatkan email Syuki untuk memulakan berkawan dengan nya. Setelah beberapa bulan Rianna menambah email Syuki ke hotmail nya namun Syuki tidak juga kelihatan online. Hampa, Rianna pasti Syuki tidak lagi menggunakan email yang dia dapati. Yalah, orang sekarang ini bukan nya hanya mempunyai satu email. Satu malam, ketika Rianna baru masuk MSN untuk berchat bersama dengan teman-teman nya, dia terperanjat apabila melihat email Syuki menunjukkan bahawa dia sedang online. Perasaan Rianna gembira. Namun begitu dia masih lagi memikirkan cara untuk memulakan bicara. Setelah lama berfikir, Rianna pun memulakan dengan menaip salam. Syuki menjawab dan dari situ mulalah mereka berkenalan.


Bersambung.....

Friendship Forgotten

straight to the point ah hehe..

cerita ani bermula dengan sekumpulan teman2 (bukan kumpulan yg blogging ani ah :p) yang pada suatu ketika dulu , tersangatlah rapat...kesana kemari sama2, buat itu ini sama2...abis zaman sekulah, drg pun apply tah University sama2...satu hari, kesemua (kecuali seorang teman ani bernama Isabella) kana pilih belajar masuk ke satu University tempatan..

keadaan masatu memanglah becampur baur..happy jua p at the same time sedih kan si Isabella yg nda successful masuk Uni...

a few months later, Uni life starts for the kumpulan...mula2 masuk Uni tu, kumpulan atu masih lagi becontact2 sama Isabella, lunch together tah apa, liat movie itu ini...p lama kelamaan makin kurang drg hang out together..bukan plg apa..bukannya lupakan Isabella, p pasal the kumpulan busy berabis with assignments tah apa...

so Isabella ani sensitive, lama kelamaan nda ia mau g contact n kluar sama kawan2nya..until one day, banar2 the kumpulan lost contact dengan Isabella...the kumpulan nda tau menau di mana kah ia, apa dibuatnya itu ini..di msg2 nda mereply..

yang sedihnya, atu kan rapat banar dulu, p now apa saja suka duka kawan2 si Isabella ani nda ia attend..kali a few years kemudian, ada tia kedangaran berita yg Isabella ani kawin dah..semua pun org shock...nada sorang pun kawan2 rapatnya dlu di panggil nya..jan tah panggil, inform pun nda...kesiannnnn

so kesudahannya apatah salah kawan2 nya? to make it simple..its the question of where have it all gone wrong? whos at fault?

chow chalo

Saturday, 8 August 2009

Cerita Disebalik Puteri Mandi

Jangan salah faham, ani bukan cerita pasal orang mandi ah....ani cerita pasal kuih "puteri mandi", salah satu kuih tradisi orang Melayu Brunei.
Jenis warna kuih puteri mandi ani ada macam-macam. Tapi yang pernah ku meliat ada warna hijau, merah dan putih. Baru-baru ani ada ku merasa kuih puteri mandi warna putih. From my opinion, ani yang paling nyaman ku pernah rasa, pandai orang restoran atu membuat. Aku pun betanya arah kawan-kawan kenapa kuih ani dipanggil nama "puteri mandi". Bisdurang pun kurang pasti tentang asal usulnya. Disebabkan rasa ingin tau, aku pun meng-"google".
Hasil daripada limited research yang telah dibuat, dapatlah diringkaskan barangkali kuih ani mendapat namanya disebabkan cara pembuatannya yang banyak menggunakan air. Doh (campuran tepung pulut, air daun pandan, air kapur, garam dn pencalap hijau/merah/putih??...adakah?) yang dijadikan bebola kecil dimasukkan ke periuk yang berisi air yang mendidih dan dibiarkan timbul (macam orang mandi timbul) sebelum diangkat untuk proses seterusnya. Dimana belurih perkataan "Puteri" atu belum dapat dikenal pasti. Mungkinkah kerana permukaan kuih atu halus dan lembut macam kulit puteri sehingga dinamakan kuih "Puteri Mandi"???hehehe....
Apa pun asal usulnya, kuih ani haruslah diketahui oleh orang-orang Brunei terutama anak-anak muda masa ani kerana keunikan dan rasanya yang nyaman.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan resepi kuih "Puteri Mandi", bolehlah melayari website ani...http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1682564

Kisah Buaya Bermotor

Kan beceta sikit...ku rasa biskita semua pernah mendangar the term "sexual harrasment"..kan di jadikan ceta tauladan. Once upon a time, ada this girl yg masih single.. namanya Datin K. Kalau diikutkan dari mataku kabur ani, boleh tahan la the girl atu :p.. meleleh jua ingus sebaldi.

The girl ani makin basar (ukannya lampuh), dan udah tiba masanya untuk hidup berdikari. Jadi sesudah abis alam persekulahan.. mencari cia kaja2 kusung di brudirect, borneo bulletin, pelita brunei.. dan malajah mekar. Tanpa disangka, usahanya mencari kaja ani makbul cia.. ya diterima masuk sebagai pakar komputer.

Di tempatnya kaja atu.. terdapat skit ganya bini-bini. Mostly laki-laki tua atau laki-laki single yang nda laku-laku. Hari demi hari kaja di sana, ramai laki-laki ingin mendampingi Datin K ani.. termasuk pakcik yang bertungkat udah. Kesemuanya di tulak mentah-mentah... alum cukup syarat la katakan.

Tanpa disedari.. Datin K ani diperhatikan seseorang bernama Mat Bubus. Mat Bubus ani sudah lama berumah tangga, mempunyai anak2 dan nada seorang pun tahu bahagiakah nda idup nya ani. Ya ani terkenal dengan kegatalan ke arah bini2, nafsunya atu alah cacing. Dengan bahasa x-rated ya memakai atu... jadi buahan mulut orang di sepejabat.

Mat Bubus ani mula lah kan menjadikan Datin K jadi mangsanya. Matanya nda lapas memerhati seluruh badan Datin K ani.. liat corak bunga di baju paka. Di approach nya Datin K dengan kata-kata lucah.. dan akhirnya menyentuh Datin K tanpa izinnnya.

Tiba-tiba.. Datin K menerajang Mat Bubus. Abis pelanting ulihnya.. giginya bertaburan. Upanya Datin K ani berisi pencak dari Bukit Sigurun.. jangan main seberangan sama ya. Mat Bubus ani.. takut dan terkamih, macam bubus saja seluarnya. Dari hari atu.. nafsu Mat Bubus nuhun cia.. bininya pun nda mau ya gi. Nda siuk udah :D.

So summary nya, cana tah tani kan kaja in that sort of environment, everyday kalau kaja takut tejumpa n takut kana kacau, payah jua tu... in Brunei is there any relevant authorities yg tani bleh complain pasal sexual harrasment? do we have the right to do that?
chow chalo

Mini Introduction Part 2

Selain atu kumpulan ani jua akan share n menceritakan kisah2 pecintaan nda tah kira ceta cinta yg udah pupus or ceta cinta yang baru kan beputik or cinta betepuk sebalah tangan... :p

penting nya apa2 saja ceta lah bleh di dapati di sini ani...random ni blog ah, janji semua happy...

bah adios

Mini Introduction

Blog ani d ilhamkan dari sekumpulan orang yang udah bekeraja tetap, tapi masih ingin mencari pekerjaan tambahan lain iaitu blogging. Di sini kami mengongsikan ceta-ceta dongeng brunei, sama ada mengisahkan zaman batu, zaman perang, masa sekarang or masa depan. Jenis ceritanya adalah rojak, bulih jadi ceta jiwang, mengenai skula, mistik atau apa ja yang terlintas utak.

Dengan adanya blog ani, di harap dapan menghiburkan para pembaca di luar sana. Bahhhhh.